Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Featured Posts

Thursday, April 11, 2013

TEORI KONSTRUKTIVISME PIAGET

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 

Peringkat Sensori motor ( 0 – 2 tahun ) 
Peringkat Praoperasi ( 2 – 7 tahun ) 
Peringkat Operasi Konkrit ( 7 – 11 tahun ) 
Peringkat Operasi Formal ( 12 tahun ke atas )

  • a)Peringkat Sensori motor (0 – 2 tahun )
  • Bayi mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema tingkah laku. Bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari persekitarannya.  Kanak-kanak belajar mengangkat benda, memain- mainkannya, merasa dan meggigitnya. Pada peringkat ini, bayi gemar menggunakan mulut untuk merasa dan menghisap objek yang berada di persekitarannya. Contoh : menghisap ibu jari, memasukkan objek ke dalam mulut, mencapai objek yang berbunyi.
  • Kanak-kanak turut menunjukkan permulaan pemikiran logik pada peringkat ini. Contohnya kanak-kanak dapat mengatur skema-skema yang mudah dan logik untuk mengeluarkan barang-barang daripada sebuah bekas yang tertutup / boleh mengatur langkah untuk mengambil objek yang jauh.Pada umur 2 tahun, kanak-kanak memperoleh kepercayaan tentang kekekalan objek, iaitu kanak-kanak sedar objek akan terus wujud walaupun objek itu tidak dapat dilihat atau disentuh.
  • Kanak-kanak juga dapat melakukan tindakan ulangan, iaitu mengulangi sesuatu tingkah laku atau tabiat, misalya menghisap ibu jari.Kanak-kanak mula meniru tindakan yang dia tidak pernah lakukan sebelum ini. Kanak-kanak belajar semua tindakan itu melalui orang lain atau melalui objek yang dapat dilihat dan disentuh.

  • Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Peringkat Sensori Motor (0-2 tahun)
  • -Mengkoordinasi maklumat deria dengan pergerakan motor.
  • -Kepuasan mengenakan tindakan terhadap objek.
  • -Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti-aktiviti mudah.
-Mula menggunakan imitasi, memori dan pemikiran.
-Konsep pengekalan objek – sedar objek wujud walaupuntidak boleh didengar atau dilihat.
-Mediation – menggunakan simbol / bahasa untuk objekorang dan peristiwa.


Kemahiran-Kemahiran Yang Diperolehi Kanak-Kanak Peringkat Sensori motor 

1.membuat/Memahami imitasi.
2.konsep pengekalan objek. 

1.Membuat Imitasi

Menurut Piaget, kanak-kanak berumur 18-24 bulan boleh melakukan imitasi terhadap tingkah laku yang dilihatnya. Contohnya menekan butang telefon mainan untuk menghasilkan bunyi, memicit itik mainan, mengangkat ganggang telefon bila berdering.
-Deffered imitation (peniruan tingkah laku lepas)  iaitu kebolehan meniru tingkah laku model yang tiada di depan matanya, tingkah laku tersebut telah dilihatnya beberapa jam lalu dan telah disimpan dalam ingatannya.

2.Pengekalan Objek (Object Permanence)

- Kanak-kanak sudah boleh menggambarkan objek di dalam mindanya.
-Kanak-kanak menyedari bahawa objek atau peristiwa tidak hilang walaupun tidak dapat dikesan oleh semua alat derianya.
-Kanak-kanak sudah menyedari kewujudan seorang walaupun orang itu keluar / hilang daripada pandangannya. Contohnya Fatimah melihat ibunya hilang daripada pandangannya dibawa oleh kereta, dia tidak menangis sebab dia tahu ibunya akan pulang.

b)Peringkat Pra Operasi ( 2 – 7 tahun)
-Pada peringkat ini sifat naluri dan pemikiran simbolik kanak-kanak semakin menonjol. 
-Praoperasi – kanak- kanak sudah mula berfikir secara logik tetapi masih belum boleh memproses pemikiran mengikut peraturan-peraturan yang logik.
-kanak-kanak mula mengenal simbol untuk mewakili pelbagai aspek dalam persekitarannya.Contohnya kanak-kanak mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai.
-kanak-kanak semakin maju dalam penguasaan bahasa, tetapi masih belum dapat membezakan antara sifat-sifat benda hidup dengan benda bukan hidup. Contohnya kanak-kanak mempunyai imaginasi bahawa batu  adalah benda hidup.
Egosentrisme-kanak-kanak belum boleh membezakan pandangan diri sendiri dengan pandangan orang lain. Pada permulaan peringkat praoperasi, Kanak-kanak sukar untuk memahami konsep urutan bersiri.Misalnya, kanak-kanak tidak boleh yang menyusun objek yang mempunyai urutan yang tertentu dalam  siri yang sempurna kanak-kanak  tidak mempunyai konsep  pengekalan. Pengekalan – idea bahawa satu kuantiti adalah  sama walaupun telah berubah.  

  • 1.Proses Kebalikan.
-Kanak-kanak belum boleh membuat proses kebalikan, iaitu mengingat bentuk asal objek dalam bentuk imej mental.
- Kanak-kanak selalunya tidak dapat menjawab atau boleh menjawab tetapi mengambil masa yang lama untuk mendapat jawapan daripada kanak-kanak yang telah menguasai proses kebalikan. Dalam erti kata lain, mereka telah berada di tahap pemikiran operasi konkrit.

  • 2.Pengekalan (Conservation) isipadu
  • -Kanak-kanak gagal mengenalpasti jumlah isipadu yang sama banyak jika ia berada dalam cawan yang berlainan.
  • -Kanak-kanak juga tidak menguasai konsep desentrasi (decentration) dan kebalikan (reversibility).
  • -Pengekalan Nombor /Bilangan-Kanak-kanak belum memperolehi konsep pengekalan bahan 

Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Peringkat Pra Operasi

-mula menggambar dan merancang skema.
-mewakili sesuatu dengan simbol mental, iaitu dengan bahasa, gambar atau isyarat.
-Berupaya mengingat semula peristiwa yang sudah berlaku dan boleh membanding dua peristiwa yang berlaku. 
-2 tahun – boleh terlibat dalam permainan membayangkan sesuatu (pretend play). Contohnya,menggunakan botol sebagai telefon. Merupakan peringkat permulaan pemikiran simbolik
-Mengumpulkan objek mengikut fungsi, bentuk dan warna
-Belum menguasai pengekalan isipadu, saiz, panjang, pendek dan proses kebalikan.
-Egosentrik – sukar memahami pendapat orang lain.
-Animisme – memberi sifat hidup pada benda dan peristiwa.
-Pemusatan – memberi sesuatu dari satu perspektif sahaja.
-Intuitif – tumpuan pada aspek yang nyata sahaja.

  • c)Peringkat Operasi Konkrit ( 7 – 11 tahun ) 
  • Woolfolk, 1987 – kanak-kanak berupaya berfikir berbalik dan memahami konsep pemuliharaan.Kanak-kanak sudah boleh mula berfikir Mereka dapat melakukan pengelasan secara logik. dan penyusunan bersiri. Maka, mereka dikatakan mempunyai logik yang lengkap bagi membuat operasi konkrit. Mereka sudah faham konsep Mereka boleh menyelesaikan tugas pembalikan kerana walaupun objek berkaitan dengan pengabadian. diubah kedudukan mereka faham bahawa tiada perubahan yang berlaku. Contoh nya Kanak-kanak boleh menyelesaikan operasi 4 + 6 = 10 atau 10 – 6 = 4. kanak-kanak sudah boleh mengubahsuai dan menyusun  semula imej dan simbol dalam membuat rumusan atau keputusan yang logik. Kanak-kanak juga beransur- ansur menguasai pengekalan terutama isipadu dan berat, mengklasifikasi dan mengkategori serta membuat perkaitan logik (relational logic).


  • Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Peringkat Operasi Konkrit 
  • -Berkebolehan berfikir secara logik. Sudah boleh menguasai konsep pengekalan (conservation). 
  • -Menguasai proses pengelasan
  • -Proses menyusun secara bersiri mengikut susunan menaik dan menurun.
  • -Mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan semasa bermain atau membuat aktiviti bersama.
  •  
  • 1.Pengekalan (Conservation)
  • -Bermaksud perubahan bentuk objek / susunan tidak mengubah cirinya / sifatnya.
  • -Berlaku pada isipadu / kuantiti cecair, berat, bahan pejal seperti plastesin dan nombor.
  • -Pada peringkat ini, kanak-kanak memperoleh konsep keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang ketara. Contohnya dua gelas (gelas A dan gelas B) yang sama besar diisi air yang sama banyak. Kemudian,kandungan air dari gelas B dituang kepada gelas lebar iaitu bekas C. Kanak-kanak pada peringkat ini sedar bahawa isipadu air kedua-dua gelas adalah sama walaupun bentuk gelas adalah berbeza. gelas c= gelas a =gelas b
  • 2)Mengklasifikasi
  • - Kanak-kanak boleh mengumpulkan benda-benda mengikut cirinya ke dalam kategori tertentu.Contohnya pengangkutan darat terdiri daripada kereta, lori, van, basikal, trak dan sebagainya. Ciri-cirinya adalah beroda dua, empat atau lebih dan bergerak. Manakala helikopter dan kapal terbang pula merupakan pengangkutan udara yang beroda dua.
  • 3)Perkaitan Logik
  • -Pemahaman yang lebih tentang perkaitan kuantitatif dan perkaitan logik. Contohnya guru memberi arahan kepada murid- muridnya, “Berbaris mengikut ketinggian, dari tinggi ke rendah.” Arahan ini mudah difahami oleh mereka. Mereka sudah boleh menyusun di dalam minda senarai secara siri ketinggian atau berat.
  • -mereka juga boleh menerangkan perkaitan antara elemen dalam sesuatu senarai.• Contoh : Aina lebih tinggi daripada Jami’Atul, Jami’Atul pula lebih tinggi daripada Fatini. Mereka boleh memberi jawapan yang betul mengikut ketinggian, iaitu Aina lebih tinggi daripada Fatini.• Pemikiran pemikiran egosentrik decentered (objektif) (Slavin, 1997)
  • 4)Pemikiran decentered 
  • – kanak-kanak memahami bahawa persepsi orang lain berlainan daripada mereka. Dalam erti kata lain, kanak-kanak sudah memahami bahawa orang lain mempunyai persepsi sendiri.

  • d)Peringkat Operasi Formal ( 12 tahun ke atas ) 
  • -Kanak-kanak boleh memikir beberapa pertimbangan bagi satu- satu masalah. Sudah berupaya berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah kompleks.Pemikiran kanak-kanak tidak lagi  terikat kepada benda konkrit,  malah mereka boleh memikirkan  peristiwa secara logik walaupun asasnya bukan realiti.
  • Ciri – ciri pemikiran formal. 
  • 1.Berfikir secara abstrak
  • -Kanak-kanak boleh berfikir secara abstrak seperti menyelesaikan masalah-masalah Matematik yang melibatkan perwakilan abstrak. - Contoh : 4x + x = 10. Berapakah nilai x?
  • 2.Berfikir secara sistematik
  • -Boleh berfikir secara sistematik untuk memberi beberapa kemungkinan penyelesaian. Contohnya sekiranya anda pergi bercuti dengan membawa tiga helai kemeja-T, tiga helai blaus dan tiga helai jaket, berapakah kombinasi pakaian yang anda boleh dapat dari set ini?
  • 3. Membuat hipotesis 
  • - Boleh membuat hipotesis dan mencari alternatif penyelesaian masalah.
  •  - Boleh menaakul secara induktif dan deduktif. 
  • - Kebolehan kanak-kanak memikirkan penyelesaian secara induktif atau deduktif memungkinkan mereka membuat kajian dan menggunakan pemikiran saintifik.

  • 3(a)Pemikiran Induktif 
  • Pemikiran khusus-generalisasi yang lebih luas .Contohnya dengan mengkaji  kesan-kesan pencemaran alam  sekitar, mereka boleh membuat hipotesis (ramalan)  tentang akibat pencemaran teruk yang akan terjadi yang  kepada bandar-bandar besar  pada 10 tahun akan datang. 
  • 3(b)Pemikiran Deduktif
  • Pemikiran am-khusus Contohnya melalui fakta-fakta yang dipelajari seperti keperluan asas tumbuhan untuk membuat makan, kanak-kanak boleh memberi contoh keadaan-keadaan yang memungkinkan tumbuhan hidup dengan subur.

  • 4.Bersifat egosentrik
  •  - Remaja lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri.
  •  - Susah menerima pandangan dan pendapat orang lain.
  • 5.Mempunyai perasaan seperti perbuatan mereka sentiasa diperhatikan orang sekeliling.

  • Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Peringkat Operasi Formal
  • - Boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat jangkaan / andaian berdasarkan fakta.
  • -Berfikir secara abstrak. 
  • -Berfikir secara sistematik – memberi beberapa kemungkinan penyelesaian.
  • -Boleh membuat hipotesis dan mencari alternatif penyelesaian secara induktif dan deduktif.
  • -Egosentrik remaja muncul pada peringkat ini.

Kategori main sosial dan main kognitif

Kategori main sosial mengikut Mildred Parten (1932), di antara umur 2 hingga 5 tahun, boleh dikalsifikasikan kepada 6 kategori iaitu:

-Unoccupied Play (Perlakuan tidak menentu)
-Main Pemerhati (Onlooker Play) 
-Main Diri Sendiri (Solitary paly) 
-Main Selari (parallel play) 
-Main asosiatif (associative play) 
-Main koperatif (cooperative play)


  • Unoccupied Play( Perlakuan tidak menentu)

  • 1. Murid berada dalam lingkungan kawasan permainan tetapi tidak bermain

  •  Main Pemerhati (Onlooker Play)

  • Penglibatan murid dalam permainan ini adalah minima atau tidak langsung tetapi lebih suka memerhati rakan- rakan mereka bermain.

  •  Main Diri-Sendiri(solitary play)

  • 1.Sesuatu aktiviti fizikal atau psikologikal, atau kedua-duanya dilaksanakan oleh seorang kanak-kanak secara bersendirian tanpa peserta lain. 
  • 2.Mengikut Patern, main diri-sendiri dapat diperhatikan dalam kalangan kanak-kanak berumur 2 tahun. contohnya bermain sendirian bersama anak patung atau bongkah kayu.

  • Main Selari (parallel play)

  • 1.Aktiviti main dimana dua atau lebih kanak-kanak bermain sendirian secara berasingan dalam aktiviti main, tempat dan masa yang sama. 
  • 2.Menarik minat kanak-kanak untuk turut menyertai aktiviti kanak-kanak lain. 
  • 3.Membawa peluang meningkatkan interaksi dan komunikasi di antara mereka yang terlibat dalam main selari.

  • Main Asosiatif 

  • 1.Sejenis pola main yang mana dua atau sekumpulan kanak-kanak melibatkan diri mereka dalam aktiviti main secara  kumpulan menggunakan peralatan yang sama 
  • 2.Main asosiatif melibatkan kerjasama dan komunikasi kanak-kanak antara satu sama lain.
  • 3Mengikut kajian Parten, pola main asosiatif dapat diperhatikan dalam kalangan kanak-kanak berumur antara 3 dan 4 tahun.

  • Main Koperatif 

  • 1.Dua atau lebih kanak-kanak yang berumur 4-5 tahun melibatkan diri mereka dalam aktiviti permainan yang mempunyai matlamat tertentu. 
  • 2.Kanak-kanak diberi peranan dan objek khusus dan mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan.
  • 3.Setiap pemain mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing.
  • 4.Main koperatif ini merupakan tahap yang tertinggi dalam aktiviti main sosial.
  • 5.Memainkan peranan yang penting dalam perkembangan potensi kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek, sosial dan emosi secara keseluruhan.


  • Tiga peringkat dan kategori main-piaget

  • Piaget(1962) telah mengemukakan 3 peringkat dan kategori main, iaitu:
  • • Main latihan (practice play) 
  • -melibatkan deria motor dan penerokaan berasaskan aktiviti fizikal. (6 bulan hingga 2 tahun)
  • • Main simbolik (symbolic play) 
  • -ini termasuk fantasi, sosiodrama, main olok-olok yang melibatkan penggunaan perwakilan mental. (2 tahun hingga 6 tahun)
  • • Main yang melibatkan aplikasi peraturan. (7 tahun dan seterusnya)
  •  Permainan kognitif amat sesuai digunakan sebagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran memandangkan bermain merupakan proses belajar yang paling berkesan
  • .• Piaget, 1962 mengklasifikasikan jenis permainan kognitif seperti berikut:
  • 1.Main Fungsian (Functional Play)
  • 2.Main Fantasi (Fantasy Play) 
  • 3.Main Berperaturan (Games & Rules)
  • 4.Main Konstruktif (Constructive Play)
  • 5.Main Dramatik (Dramatic Play)
  • Main Fungsian
  • 1.Melibatkan aktiviti bermain yang berupa gerak balas aktiviti otot.
  • 2.Mempunyai ciri pengulangan, manipulasi dan peniruan.
  • 3.Kanak-kanak melakukan perkara yang diperhatikan/ dicubanya sendiri sebagai satu penerokaan.
  • 4.Memberi peluang kepada kanak-kanak berlatih secara fizikal semasa meneroka persekitaran.
  • Main Fantasi
  • 1.Kanak-kanak menggunakan imaginasi dan main peranan untuk mencipta aktiviti-aktiviti baru di luar dunia ini berasaskan imaginasi dan daya kreativiti mereka seperti mengambil kotak untuk mewakili sebagai kereta
  • Main Berperaturan
  • 1.Permainan formal yang melibatkan peraturan yang ditetapkan.Contoh: permainan board game seperti dam ular, sahibba dan monopoli ialah permainan berperaturan sama ada peraturan sedia ada ataupun peraturan yang dibina sendiri oleh pasukan yang bermain.
  • 2.Dari segi kognitif, permainan berperaturan ini membantu perkembangan kanak-kanak spt kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah, mencari alternatif, membuat andaian dan merancang strategi.
  • 3.Dari segi sosial dan emosi, main jenis ini membuatkan kanak-kanak mematuhi peraturan, mengambil giliran, menghormati rakan sepasukan dan pasukan lawan, berkomunikasi, berkompromi, bertolak,ansur serta menghormati kemenangan dan menerima kegagalan.
  • Main konstruktif
  • 1.Melibatkan bermain untuk membina pengetahuan dan mengenali dunia.
  • 2.Kanak-kanak menggunakan pelbagai bahan untuk menghasilkan ciptaan mengikut daya kreativiti. (cipta istana pasir, binaan,memasak)
  • Main Dramatik
  • 1.Melibatkan interaksi verbal di antara kanak-kanak untuk melakonkan watak-watak dalam aktiviti ini.
  • 2.Dua kategori main sosiodrama  ialah main yang melibatkan peristiwa harian yang benar dan realistik dan sosiodrama fantasi dan imaginasi kanak-kanak.

  •  
  • Penglibatan aktif berlaku apabila kanak-kanak bermain, dimana pergerakan badan diperlukan. Mereka menggunakan motor kasar dan motor halus. Mereka juga membuat manipulasi terhadap bahan yang dimain. Mereka juga melibatkan diri secara aktif berinteraksi dengan rakan dan persekitaran.
  • Motivasi intrinsik adalah keinginan untuk bermain berlaku secara semulajadi dan datang dari dalam diri individu itu sendiri. Seringkali kanak-kanak bermain untuk keseronokan dan kepuasan diri, bukannya disebabkan oleh ganjaran luar.
  • Main tidak boleh dipaksa. kanak-kanak bebas untuk memilih. Pemilihan jenis permainan harus datang dari keputusan kanak-kanak sendiri. Kanak-kanak sendiri pilih apa, cara dan bila hendak bermain. Dengan itu kanak-kanak dapat meneroka cara bermain serta menjelajah alam sekeliling serta menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Peranan guru ialah untuk menyediakan persekitaran yang memberangsangkan dengan sekatan yang minima.
  • Menyeronokkan. Semasa bermain kanak-kanak melalui proses penyesuaian diri dengan persekitaran, peraturan, budaya, keperluan hidup dan lain-lain peranan yang dijangkakan. Main sosiodrama atau simbolik seperi main perang, doktor, kahwin dan lain-lain menyediakan peluang kepada kanak-kanak membuat penyesuaian yang menyeronokkan berdasarkan budaya hidup di dalam atau luar masyarakatnya.
  • Penerokaan. Kedua-kedua jenis main, sosial dan kognitif, terdapat ciri penerokaan seperti meneroka alat permainan, tempat permainan, cara berkomunikasi, dan persekitaran. Setiap peristiwa/ bahan/ rakan merupakan pengalaman baru dan mempunyai kelainan. Membuka dan memasang alat permainan merupakan penerokaan. Kanak-kanak meneroka cara menggunakan fungsi alat permainan dengan efisien. Aktiviti berlari, memanjat, melompat dan membuai di taman permainan
  • Simulasi.  Main merupakan bentuk simulasi jika ia dilakukan menyerupai situasi sebenar. Lakonan dan main peranan yang disediakan dengan kostum dan props yang mirip kepada senario sebenar dapat memberi kefahaman dan penghayatan pelakon (kanak- kanak) merasakan watak yang dimainkan.

Wednesday, April 10, 2013

KEPENTINGAN MAIN UNTUK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK




            Dalam pendidikan awal kanak-kanak, guru tidak harus memikirkan pencapaian akademik sahaja tanpa memikirkan aspek perkembangan yang lain. Kanak-kanak tidak harus dibebankan dengan aktiviti-aktiviti kelas yang terlalu berat kerana ia boleh menghilangkan minat mereka untuk belajar. Antara kaedah dan strategi pengajaran yang difikirkan sesuai bagi peringkat kanak-kanak ialah belajar melalui bermain. Dengan adanya aktivtiti bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan pertuturan tatabahasa.

            Menurut Caplan 1973, aktiviti main adalah sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi,perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan fizikal,koordinasi dan ketangkasan murid. Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, aktiviti fizikal yang dilakukan di dalam kelas contohnya bermain “ayam dan musang”.
            Selain itu, bermain adalah satu bentuk kesenian kepada kanak-kanak.  Melalui aktiviti bermain, ia dapat menjadi medium untuk melahirkan perasaan gembira dan keseronokan. Almy (1984) menyatakan bahawa kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa melakukan aktiviti main, mereka bebas daripada segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru misalnya selepas berinteraksi dengan rakan-rakan. Mengikut Vvgotsky (1967), beliau menyatakan main dapat membantu bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat. Main juga dapat memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia realiti.

          Di samping itu, melalui aktiviti bermain juga, dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak. Aktiviti main dapat dilakukan di dalam dan luar bilik darjah dengan menggunakan pelbagai alat permainan yang disediakan.  Dengan bermain, kanak-kanak dapat menguasai kemahiran motor halus untuk membantu aktivit dalam pembelajaan. Ia juga dapat membina kemahiran pergerakan asa dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Bermain juga dapat mengajar kanak-kanak mengamalkan cara hidup yang sihat. Tambahan pula, main juga dapat mebina minda yang sihat dan cerdas.

            Seawal usia dua tahun,kanak-kanak sudah mula melahirkan rasa ingin tahu dan tempoh itu adalah  saat terbaik untuk memberi galakan kepada perkembangan kanak-kanak. Ketika bermain, perkembangan motor kasar sudah bermula begitu juga perkembangan deria rasa mereka. Melalui bermaian, kanak-kanak terdedah dengan bahan dan peralatan yang berbeza bentuk permukaannya, begitu juga dengan rasa dan bau yang dihasilkan bahan itu. Secara tidak langsung, ia meransang penggunaan deria mereka sekali gus membolehkan mereka menemui perkara baru sepanjang bermain.

Selain itu,kanak-kanak juga  didedahkan dengan satu pembelajaran dan penemuan baru ketika bermain. Kanak-kanak belajar mengenai warna dan bentuk berbeza. Ini dapat menggalakkan mereka menggunakan psikomotor sekali gus memperkembangkan kemahiran motor kasar dan motor  halus kanak-kanak.


           
Seterusnya melalui aktiviti bermain,ia  turut memberikan peluang untuk kanak-kanak meluahkan perasaan selain mencerminkan sikap dan menggambarkan perkembangan sosio serta emosi mereka. Kanak-kanak berkecenderungan untuk bersikap ego dan tidak ingin berkongsi di awal usia mereka. Apa yang dimiliki mereka menjadi hak mutlak. Namun, apabila usia semakin meningkat, sikap ingin berkongsi mula ditunjukkan. Perasaan  egosentrik kanak-kanak  sangat tinggi pada awal usia mereka. Namun, lama kelamaan sikap itu semakin pudar. Perubahan boleh dilihat dari sikap mereka yang bermain permainan masing-masing namun secara berdekatan, kemudian berubah kepada perkongsian.


HOWARD GARDNER

Howard Earl Gardner atau lebih dikenali sebagai “Howard Gardner” dilahirkan pada 11 Julai 1943 di Scranton, Pennsylvania. Kedua-dua orang tuanya ialah pelarian daripada Nazi Jerman. Beliau merupakan seorang anak yang sangat gemar membaca dan mencintai muzik, dan kemudiannya menjadi seorang pemain piano yang berbakat.Beliau merupakan seorang ahli psikologi perkembangan Amerika dan berkelulusan di Universiti Harvard dalam jurusan “Harvard Graduate School of Education”.Beliau telah menerima beberapa anugerah seperti anugerah ‘Hadiah MacArthur Fellowship’ pada tahun 1981.Pada tahun 1990, beliau menerima anugerah ‘Louisville Grawemeyer Award in Education’.Kemudiannya, sejak tahun 1995, beliau telah menjadi ketua pengarah dari Projek GoodWork.Beliau terkenal kerana teorinya iaitu “Multiple Intelligence” atau Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP).

Beliau juga merupakan penulis buku terkenal ‘Frames of Mind, yang mengatakan bahawa kecerdasan itu bukanlah sesuatu yang mutlak. Beliau juga telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa serta kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa. Mengikut beliau juga, kecerdasan yang terdapat pada seseorang itu bukanlah hanya diwarisi semata-mata. Pada pandangan beliau, jika kedua-dua ibu bapa dikategorikan sebagai tidak cerdas mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga tidak cerdas dan sebaliknya.

Teori kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner mempunyai pelbagai ciri-ciri yang tertentu. Antaranya ialah individu yang mempunyai lapan kecerdasan, kecerdasan boleh dipelajari, dididik dan ditingkatkan, kecerdasan tidak berkembang seiring, satu atau dua kecerdasan tersebut boleh berkembang sepenuhnya, kecerdasan boleh dirancang, dan kecerdasan boleh dipindahkan. Contohnya, daripada kecerdasan interpersonal kepada kecerdasan verbal-linguistik.

Menurut beliau lagi, teori ini adalah berdasarkan pemikiran dimana kemampuan intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai cara yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau permasalahan yang dihadapi oleh mereka.

Menurut beliau juga, setiap kecerdasan adalah tidak bergantung antara satu sama lain.Perkembangan kecerdasan bergerak dengan kadar yang berbeza dan individu menunjukkan kebolehan yang tidak sama untuk semua jenis kecerdasan.

Teori ini menegaskan bahawa setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada kadar yang berbeza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman, dan persekitaran. Teori ini dapat membantu guru dalam mendidik kanak-kanak kerana setiap kanak-kanak mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza. Kecerdasan kanak-kanak dapat ditingkatkan melalui peluang-peluang pendidikan semasa mereka di prasekolah. Sesuatu kecerdasan yang kuat dalam diri kanak-kanak dapat digunakan bagi memperkukuhkan kecerdasan yang lemah.



TEORI HOWARD GARDNER


Jenis-jenis teori kecerdasan pelbagai tersebut ialah bahasa-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, intrapersonal, interpersonal, dan naturalis. Pertama ialah bahasa-linguistik adalah kebolehan seseorang menggunakan bahasa dengan efektif samada secara lisan dan bertulis. Ia meliputi mendengar, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat dan memahami perkataan. Logikal-matematik adalah dimana bahagian kiri otak mendominasikan kebolehan yang membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak.

Visual-ruang membolehkan seseorang untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk, paten(corak), untuk membentuk model secara visual dan mahir dalam membaca, menulis, memahami carta dan graf, melakar, melukis serta menterjemah imej secara visual. Kinenstetik pula membolehkan individu menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Manakala bagi muzik pula mengiktirafkan kebolehan seseorang untuk berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten, serta kecerdasan mereka dalam membezakan antara bunyi dan mencipta muzik.

Interpersonal dimana kemampuan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Manakala bagi intrapersonal adalh kebolehan untuk refleksi diri akan sifat dalamn diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, perhubungan dengan orang lain serta mengenalpasti kelemahan dan kekuatan yang ada. Naturalis pula individu yang dikenali sebagai pencinta alam ini dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah serta gemar menghabiskan masa di luar dan mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar.



KEPENTINGAN TEORI HOWARD GARDNER


Teori ini adalah sangat baik dan penting untuk diaplikasikan dalam psikologi pendidikan. Teori kecerdasan ini adalah sangat fleksible dimana ia boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk semua mata pelajaran yang terdapat di sekolah kerana ia tidak terhad kepada satu-satu mata pelajaran sahaja. Pelajar dan guru juga mendapat kepentingan melalui teori kecerdasan pelbagai ini.


Antara kelebihan dan kepentingan penggunaan teori ini adalah seseorang guru dapat melihat potensi yang ada pada pelajaritu sendiri. Ini kerana ia bertindak sebagai petunjuk potensi kepada pelajar. Ini dapat membantu guru untuk mengembangkan lagi potensi yang ada pada pelajar. Teori ini juga dapat membantu guru menunjuk ajar sepenuhnya tentang kelemahan dan kekuatan yang ada pada pelajar. Selain itu, ia juga dapat membantu guru untuk merancang pengajarannya. Guru juga dapat merancang apa yang patut diberikan kepada pelajar tentang cara pengajaran, penekanan, dan pemfokusan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.


Guru juga boleh membangunkan ko-kurikulm pelajar kerana ia merangkumi kecerdasan kinestetik, muzik, dan beberapa lagi. Teori ini juga membolehkan guru mempelbagaikan teknik pengajaran supaya guru menjadi lebih kreatif dalam mengembangkan kecerdasan dan potensi murid. Ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu proses yang seronok dan tidak membosankan bagi pelajar dan guru.


Melalui teori kecerdasan pelbagai ni, pelajar mendapat kebaikan dari aplikasi ini dimana pelajar dapat memahami potensi yang ada pada diri mereka sendiri dan meraka akan merasa diri mereka dihargai kerana kecerdasan yang ada pada diri mereka. Selain itu, mereka juga akan dapat memahami kecerdasan yang ada pada individu disekeliling mereka yang dapat membantu lagi untuk mengembangkan potensi dalam diri mereka.


Pelajar juga tidak akan terasing dan rendah diri dengan kecerdasan pelbagai ini. Ini kerana, sesetengah kecerdasan hanya mengiktiraf kecerdasan dalm logikal-matematik maka pelajar akan dikategorikan sebagai pelajar yang lemah. Kecerdasan ini juga dapat memberi keyakinan kepada pelajar kerana kekuatan mereka dalam kecerdasan tertentu diberikan perhatian dan begitu juga kelemahan mereka akan diperbaiki. Ini akan menaikkan lagi semangat mereka dan keyakinan untuk memperkembangkan lagi kecerdasan mereka dan untuk memperbaiki lagi kecerdasan mereka serta memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka.


Teori ini juga dapat mencungkil bakat dan kebolehan yang ada pada seseorang itu. Ini kerana kecerdasan pelbagai menitikberatkan kesemua kecerdasan yang ada pada maka ia dapat mencungkil bakat terpendam yang ada pada seseorang itu yang tidak mugkin dapat dilihat jika tidak diberikan penekanan terhadapnya.



IMPLIKASI TEORI HOWARD GARDNER


Implikasi teori ini adalah terdapat pelbagai cara pembelajaran, namun begitu menurut Gardner, sekolah dan budaya hanya memfokus kebanyakan perhatian kepada kecerdasan linguistic dan logikal-matematik sahaja. Oleh itu, teori ini mencadangkan transformasi secara besar-besaran dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran pada mana-mana peringkat.

Sebagai contoh, jika seseorang pensyarah mengalami kesukaran untuk mengajar seseorang pelajar melalui cara yang lebih tradisional iaitu secara linguisti atau logikal, teori ini mencadangkan pelbagai cara lain untuk membentangkan bahan pengajaran bagi memudahkan cara pembelajaran dengan berkesan.

Misalnya jika ingin mengajar sesuatu subjek atau perkara, dikehendaki membaca tentangnya dahulu iaitu linguistik, meneliti formula yang member konsep menggambarkannya iaitu logikal-matematik, meneliti carta grafik yang menggambarkan prinsip tersebut iaitu ruang, memerhatikan peraturan itu dalam alam semula jadi dikenali sebagai naturalis dan sebagainya mewakili lapan kecerdasan tersebut.

Guru juga perlu mempunyai idea yang banyak untuk mengajar kanak-kanak tersebut kerana mereka mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza-beza. Guru perlu kreatif dalam menghasilkan rancangan pengajaran kepada setiap kanak-kanak.



APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN


Terdapat lima model yang telah dicadangkan oleh Pusat Perkembangan kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengaplikasikan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Guru boleh memilih mana-mana model yang telah dicadangkan mengikut kesesuaian pelajar ataupun mengikut kecerdasan pelajar tersebut. Lima model tersebut ialah model sisipan, model jaringan, model jalinan, model perkongsian, dan model kesepaduan.

Saturday, March 23, 2013

Teori Perkembangan "Erik Erikson"

Erik Erikson (1902-1994) telah menganalisis perkembangan sosial kanak-kanak dalam jangka masa kehidupan mereka. Beliau menjelaskan bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap tertentu. Erikson percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak.

Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erikson kerana ia mengabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial.

Prinsip-prinsip teori

1. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama. 
2. perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas.
3. perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu.
4. setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap yang berikutnya.
5. kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.

Peringkat-peringkat perkembangan emosi.


Tahap 1 - Kepercayaan Lawan ketidakpercayaan (0 -18 bln)

- Mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalaman
- Belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain
- Mempengaruhi sikapnya terhadap hidup dan interaksinya dengan orang lain
- Kepercayaan akan memudahkan individu menghadapi serta mengatasi masalah dalam hidup
- Bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak percaya. Perasaan percaya pada persekitaran dan orang lain akan wujud sekiranya bayi tersebut mendapat penjagaan yang baik dari penjaganya; terutama daripada ibu. Sebaliknya; jika bayi tersebut tidak mendapat penjagaan yang sempurna maka akan timbul perasaaan tidak percaya pada tahap ini. Cara penjagaan bayi akan mempengaruhi emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi tersebut.


Tahap 2 - Autonomi lawan malu/kekeliruan (18 bln – 3 thn )

• Konsep diri mula bertambah nyata
• Mula tahu apa yang dicakap dan dibuat merupakan tindakannya bukan orang lain
• Keinginan untuk bertindak bebas (autonomi) meningkat
• Lebih gemar membuat sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
• Mungkin berpendapat cekap dan berkebolehan
• Rasa diri kurang cekap – malu dan mula meragui kebolehan diri
• Tingkah laku yang sentiasa diterima dan dipuji – lebih yakin
• Sentiasa didenda/dimarah – malu dan ragu-ragu
• Cara terbaik, tingkah laku yang tidak diingini dikawal dan yang diingini dipuji – dapat mengenal jenis-jenis t/laku yang digalakkan dan yang hendak dielakkan
• Kecenderungan untuk berfungsi secara bebas hendaklah diterima atau didorong
• Pada tahap ini kanak-kanak sudah mula berkeinginan melakukan sesuatu perbuatan sendiri. Mereka mula berdikari dan tidak suka dibantu atau dikongkong orang dewasa. Situasi ini merupakan permulaan kepada pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut. Dorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina perkembangan dan menyelesaikan sesuatu tugasan.


Tahap 3 - Inisiatif lawan Bersalah (3-6 thn)

• Ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan mencabar – inisiatif
• Dapat belajar dan bergerak dengan cepat
• Lebih peka kepada perkara betul dan salah
• Berasa malu apabila diketawakan dan seterusnya membina sikap positif.
• Galakan akan menyedarkan kanak-kanak tentang potensi diri
• Sering dikawal dari mencuba – akan berasa kurang inisiatif
• Pada tahap ini kanak-kanak mula berinteraksi dengan persekitaran. Banyak inisiatif dilaksanakan bagi memenuhi naluri ingin tahu yang tinggi. Mereka akan cuba melakukan kerja-kerja yang dibuat oleh orang dewasa. Perkembangan ketika ini tidak boleh disalah asuh kerana akan menyebabkan kanak-kanak hilang inisiatif, suka menyendiri dan akan menimbulkan masalah apabila memasuki alam persekolahan.


Tahap 4. ketekunan lawan rasa rendah diri 6-12 tahun
Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap.


Tahap 5. identiti lawan kekeliruan identiti 12-18 tahun

Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan jantina, politik dan agama, jika tidak perasaan rendah diri akan timbul.


Tahap 6. kerapatan lawan pengasingan 18-35 tahun
Dewasa akan membina hubungan rapat atau sebaliknya merasa terasing jika tidak mahir membina hubungan.


Tahap 7. generativiti lawan pemusatan kendiri (stagnasi) 35-60 tahun

Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi akan datang atau sebaliknya hanya memusatkan kepada perkembangan /aktiviti diri.

Tahap 8. kesepaduan lawan putus asa 60 tahun – akhir hayat
Kemuncak perkembangan di mana perasaan diterima dengan perasaan kepuasan atau merasa tidak diterima dan putus asa dengan kehidupannya.

TEORI PERKEMBANGAN SIGMUND FREUD



Sigmund Freud dilahirkan pada tahun 1856 di Chechoslovakia. Beliau seorang doktor perubatan tetapi minat beliau mendalam dalam bidang psikologi dan psikiatri. Menurut Freud personality manusia terdiri daripada tiga bahagian; id, ego dan superego.

Id ialah personaliti tidak sedar yang menekankan kepuasaan serta-merta tapi inginkan keseronokan ketahap maksima. Id tempat menyimpan segala keinginan manusia dan ia didorong oleh tenaga labido ( seks ) yang mengandungi desakan asas.

Ego ialah bahagian personaliti yang logis serta teratur. Ego mengawal Id supaya Id tidak mengawal norma-norma hidup.

Superego ialah bahagian personaliti yang bermoral. Superego berkembang secara beransur-ansur sejak kanak-kanak ketika berinteraksi dengan ibubapa atau gurunya.

Superego akan menghantar maklumat kepada Ego dan Ego kepada Id.

Mengikut Freud, setiap kanak-kanak berkembang melalui lima peringkat;


Peringkat Oral ( lahir- 18 bulan )

Kanak-kanak perlukan kasih sayang dan kepuasan dari ibubapa daripada aktiviti menghisap ( sebelum 18 bulan ) dan menggigit ( selepas 18 bulan ).


Peringkat anal atau dubur ( 2- 4 tahun )

Kanak-kanak telah bersedia dan mengawal fungsi biologi seperti membuang air. Kepuasan bukan lagi melalui aktiviti mulut tetapi melalui pembuang najis. Kanak-kanak akan memberi perhatian lebih terhadap kawalan buang air kecil dan besar supaya diterima dan dikasih oleh ibubapa.


Peringkat falik atau kubul ( 4- 6 tahun )

Pada peringkat ini kanak-kanak selalu memegang organ kejantinaan untuk mendapatkan kepuasaan. Kanak-kanak telah mula mempunyai perasaan terhadap ibubapa sendiri . Kanak-kanak lelaki terhadap ibu sendiri dan mudah berlaku konflik Oedipus sementara kanak-kanak perempuan berlaku konflik Elektra. Oleh itu ibubapa mesti memain peranan penting dalam mengawal dan memenuhi perasaan supaya konflik tidak berlaku.
Peringkat pendaman ( 6- 12 tahun )Pada peringkat ini kasih sayang dan keberahian telah bertukar kepada rakan sebaya. Kanak-kanak yang berjaya mengatasi dan mengawal perasaan ini boleh menjadi orang yang baik.
Peringkat kejantinaan ( 12 tahun ke atas ). Peringkat ini dikatakan awal remaja, mereka mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Menurut Freud, tenaga seks ( labido ) akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu di luar keluarga mereka.

Teori Perkembangan Robert Havighurst

Robert Havighurst merupakan seorang ahli psikologi Amerika yang terkenal dengan teori perkembangan sosio budaya dan antropologi. Beliau berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Ini bermakna perkembangan personalitinya juga turut dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma serta budaya masyarakat dan persekitarannya menurut beliau lagi faktor biologi, sosial dan psikologi juga mempengaruhi perkembangan seseorang individu.

Selain itu, Robert Havighurst juga memperkenalkan konsep tugas-tugas perkembangan. Tugas-tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir pada satu-satu masa yang lahir dalam hidup individu tersebut. Kejayaan dalam mencapai tugas ini akan memberikan kegembiraan kepada individu tersebut manakala kegagalan akan membawa kesedihan dan kesusahan dalam melaksanakan tugas-tugas yang selanjutnya. Beliau telah membahagikan tugas perkembangan kepada tiga peringkat iaitu :

- Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun)
- Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun )
- Peringkat Awal Remaja dan Remaja ( 12-18 tahun )


PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN 

i) Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun)

Kebanyakkan kanak-kanak mula berjalan di antara umur 9-15 bulan. Pada peringkat ini, semua urat dan otot di kaki dan badan mula berkembang ke tahap yang mampu mencapai tugas perkembangan ini. Kanak-kanak akan mula berlari dan melompat selepas pandai berjalan.

Sistem penghadaman kanak-kanak beransur-ansur bersedia menghadam dan menyerap pelbagai jenis makanan. Seterusnya organ-organ menguyahnya akan berkembang sehingga dapat mengunyah makanan pejal apabila umurnya mencapai 2 tahun.

Kanak-kanak mula menyebut dan berkomunikasi dengan menggunakan bunyi untuk bercakap. Pertuturan menjadi cara mereka meluahkan perasaan mereka sama ada suka atau tidak terhadap sesuatu.

Latihan membuang air kecil dan besar pada masa dan tempat yang sesuai adalah latihan yang pertama yang diterima oleh kanak-kanak. Kesan latihan ini mungkin berterusan dan mungkin mempengaruhi waktu kanak-kanak tersebut pada kemudian hari.

Kanak-kanak juga sedar sejak awal lagi tentang perbezaan jantina manusia. Sejak awal lagi kanak-kanak diajar bertingkah laku sebagai seorang lelaki dan perempuan serta menjaga pergaulan mereka. Kemudian ia juga mengetahui perbezaan struktur tubuh lelaki dan perempuan.

Selain itu pada peringkat ini kanak-kanak juga telah bersedia untuk belajar dengan memberi fokus kepada tanda-tanda yang mewakili huruf dan perkataan. Kesediaan membaca juga dapat diasuh melalui pengalaman langsung kanak-kanak.

Ketika kanak-kanak berumur 6 tahun, Kanak-kanak belajar juga sudah pandai untuk bertolak ansur dan bertimbang rasa. Mereka juga sedia mendengar pandangan orang lain dan boleh membezakan betul dan salah.


ii) Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun )

Pada peringkat ini kanak-kanak dapat menguasai beberapa kemahiran fizikal dalam permainan. Hal ini kerana pertumbuhan tulang dan otot kanak-kanak mula berkembang. Dalam hal ini pengaruh rakan sebaya memainkan yang amat penting terhadap kanak-kanak. Jadi kana-kanak haruslah diasuh dengan didikan sempurna untuk membina sikap diri yang baik.

Kanak-kanak mula belajar bertolak-ansur dengan rakan sebaya dalam kehidupan sosial mereka. Pertumbuhan ini juga akan menyebabkan kanak-kanak berasa jauh dari keluarga dan akan pergi kepada rakan sebaya. Kanak-kanak juga harus belajar peranan jantina mereka. Dalam hal ini mereka dibantu oleh pengaruh ibu bapa, adik beradik serta saudara mara . di sekolah pula guru berperanan memberikan contoh yang terbaik kepada murid-murid.

Pada peringkat ini juga kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran-kemahiran asas iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira (3M). Kanak-kanak juga mula berkawan dengan orang lain dan mampu memahami konsep hidup serta moral. Selain itu, mereka mula memahami dan belajar membentuk sikap yang mengakui hak, keupayaan dan kelemahan pada setiap individu.


iii) Peringkat Awal Remaja dan Remaja ( 12-18 tahun )

Pada peringkat ini, golongan remaja akan mengalami perubahan dari segi bentuk badan dan suara. Kanak-kanak perempuan akan berkelakuan sebagai orang perempuan dan lelaki akan berkelakuan orang lelaki. Mereka harus memahami bagaimana untuk bergaul dan bersosial bersama kawan-kawan yang berlainan jantina. Remaja juga belajar membentuk emosi daripada ibu bapa iaitu belajar untuk menghormati orang yang lebih tua dari mereka. Selain itu, remaja harus bersedia memilih satu pekerjaan yang sesuai untuk masa depannya. Remaja juga sedang mempelajari peranan dan tanggungjawab yang sewajarnya dalam kehidupan mereka pada dewasa kelak.