Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Wednesday, April 10, 2013

HOWARD GARDNER

Howard Earl Gardner atau lebih dikenali sebagai “Howard Gardner” dilahirkan pada 11 Julai 1943 di Scranton, Pennsylvania. Kedua-dua orang tuanya ialah pelarian daripada Nazi Jerman. Beliau merupakan seorang anak yang sangat gemar membaca dan mencintai muzik, dan kemudiannya menjadi seorang pemain piano yang berbakat.Beliau merupakan seorang ahli psikologi perkembangan Amerika dan berkelulusan di Universiti Harvard dalam jurusan “Harvard Graduate School of Education”.Beliau telah menerima beberapa anugerah seperti anugerah ‘Hadiah MacArthur Fellowship’ pada tahun 1981.Pada tahun 1990, beliau menerima anugerah ‘Louisville Grawemeyer Award in Education’.Kemudiannya, sejak tahun 1995, beliau telah menjadi ketua pengarah dari Projek GoodWork.Beliau terkenal kerana teorinya iaitu “Multiple Intelligence” atau Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP).

Beliau juga merupakan penulis buku terkenal ‘Frames of Mind, yang mengatakan bahawa kecerdasan itu bukanlah sesuatu yang mutlak. Beliau juga telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa serta kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa. Mengikut beliau juga, kecerdasan yang terdapat pada seseorang itu bukanlah hanya diwarisi semata-mata. Pada pandangan beliau, jika kedua-dua ibu bapa dikategorikan sebagai tidak cerdas mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga tidak cerdas dan sebaliknya.

Teori kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner mempunyai pelbagai ciri-ciri yang tertentu. Antaranya ialah individu yang mempunyai lapan kecerdasan, kecerdasan boleh dipelajari, dididik dan ditingkatkan, kecerdasan tidak berkembang seiring, satu atau dua kecerdasan tersebut boleh berkembang sepenuhnya, kecerdasan boleh dirancang, dan kecerdasan boleh dipindahkan. Contohnya, daripada kecerdasan interpersonal kepada kecerdasan verbal-linguistik.

Menurut beliau lagi, teori ini adalah berdasarkan pemikiran dimana kemampuan intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai cara yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau permasalahan yang dihadapi oleh mereka.

Menurut beliau juga, setiap kecerdasan adalah tidak bergantung antara satu sama lain.Perkembangan kecerdasan bergerak dengan kadar yang berbeza dan individu menunjukkan kebolehan yang tidak sama untuk semua jenis kecerdasan.

Teori ini menegaskan bahawa setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada kadar yang berbeza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman, dan persekitaran. Teori ini dapat membantu guru dalam mendidik kanak-kanak kerana setiap kanak-kanak mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza. Kecerdasan kanak-kanak dapat ditingkatkan melalui peluang-peluang pendidikan semasa mereka di prasekolah. Sesuatu kecerdasan yang kuat dalam diri kanak-kanak dapat digunakan bagi memperkukuhkan kecerdasan yang lemah.



TEORI HOWARD GARDNER


Jenis-jenis teori kecerdasan pelbagai tersebut ialah bahasa-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, intrapersonal, interpersonal, dan naturalis. Pertama ialah bahasa-linguistik adalah kebolehan seseorang menggunakan bahasa dengan efektif samada secara lisan dan bertulis. Ia meliputi mendengar, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat dan memahami perkataan. Logikal-matematik adalah dimana bahagian kiri otak mendominasikan kebolehan yang membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak.

Visual-ruang membolehkan seseorang untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk, paten(corak), untuk membentuk model secara visual dan mahir dalam membaca, menulis, memahami carta dan graf, melakar, melukis serta menterjemah imej secara visual. Kinenstetik pula membolehkan individu menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Manakala bagi muzik pula mengiktirafkan kebolehan seseorang untuk berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten, serta kecerdasan mereka dalam membezakan antara bunyi dan mencipta muzik.

Interpersonal dimana kemampuan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Manakala bagi intrapersonal adalh kebolehan untuk refleksi diri akan sifat dalamn diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, perhubungan dengan orang lain serta mengenalpasti kelemahan dan kekuatan yang ada. Naturalis pula individu yang dikenali sebagai pencinta alam ini dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah serta gemar menghabiskan masa di luar dan mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar.



KEPENTINGAN TEORI HOWARD GARDNER


Teori ini adalah sangat baik dan penting untuk diaplikasikan dalam psikologi pendidikan. Teori kecerdasan ini adalah sangat fleksible dimana ia boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk semua mata pelajaran yang terdapat di sekolah kerana ia tidak terhad kepada satu-satu mata pelajaran sahaja. Pelajar dan guru juga mendapat kepentingan melalui teori kecerdasan pelbagai ini.


Antara kelebihan dan kepentingan penggunaan teori ini adalah seseorang guru dapat melihat potensi yang ada pada pelajaritu sendiri. Ini kerana ia bertindak sebagai petunjuk potensi kepada pelajar. Ini dapat membantu guru untuk mengembangkan lagi potensi yang ada pada pelajar. Teori ini juga dapat membantu guru menunjuk ajar sepenuhnya tentang kelemahan dan kekuatan yang ada pada pelajar. Selain itu, ia juga dapat membantu guru untuk merancang pengajarannya. Guru juga dapat merancang apa yang patut diberikan kepada pelajar tentang cara pengajaran, penekanan, dan pemfokusan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.


Guru juga boleh membangunkan ko-kurikulm pelajar kerana ia merangkumi kecerdasan kinestetik, muzik, dan beberapa lagi. Teori ini juga membolehkan guru mempelbagaikan teknik pengajaran supaya guru menjadi lebih kreatif dalam mengembangkan kecerdasan dan potensi murid. Ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu proses yang seronok dan tidak membosankan bagi pelajar dan guru.


Melalui teori kecerdasan pelbagai ni, pelajar mendapat kebaikan dari aplikasi ini dimana pelajar dapat memahami potensi yang ada pada diri mereka sendiri dan meraka akan merasa diri mereka dihargai kerana kecerdasan yang ada pada diri mereka. Selain itu, mereka juga akan dapat memahami kecerdasan yang ada pada individu disekeliling mereka yang dapat membantu lagi untuk mengembangkan potensi dalam diri mereka.


Pelajar juga tidak akan terasing dan rendah diri dengan kecerdasan pelbagai ini. Ini kerana, sesetengah kecerdasan hanya mengiktiraf kecerdasan dalm logikal-matematik maka pelajar akan dikategorikan sebagai pelajar yang lemah. Kecerdasan ini juga dapat memberi keyakinan kepada pelajar kerana kekuatan mereka dalam kecerdasan tertentu diberikan perhatian dan begitu juga kelemahan mereka akan diperbaiki. Ini akan menaikkan lagi semangat mereka dan keyakinan untuk memperkembangkan lagi kecerdasan mereka dan untuk memperbaiki lagi kecerdasan mereka serta memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka.


Teori ini juga dapat mencungkil bakat dan kebolehan yang ada pada seseorang itu. Ini kerana kecerdasan pelbagai menitikberatkan kesemua kecerdasan yang ada pada maka ia dapat mencungkil bakat terpendam yang ada pada seseorang itu yang tidak mugkin dapat dilihat jika tidak diberikan penekanan terhadapnya.



IMPLIKASI TEORI HOWARD GARDNER


Implikasi teori ini adalah terdapat pelbagai cara pembelajaran, namun begitu menurut Gardner, sekolah dan budaya hanya memfokus kebanyakan perhatian kepada kecerdasan linguistic dan logikal-matematik sahaja. Oleh itu, teori ini mencadangkan transformasi secara besar-besaran dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran pada mana-mana peringkat.

Sebagai contoh, jika seseorang pensyarah mengalami kesukaran untuk mengajar seseorang pelajar melalui cara yang lebih tradisional iaitu secara linguisti atau logikal, teori ini mencadangkan pelbagai cara lain untuk membentangkan bahan pengajaran bagi memudahkan cara pembelajaran dengan berkesan.

Misalnya jika ingin mengajar sesuatu subjek atau perkara, dikehendaki membaca tentangnya dahulu iaitu linguistik, meneliti formula yang member konsep menggambarkannya iaitu logikal-matematik, meneliti carta grafik yang menggambarkan prinsip tersebut iaitu ruang, memerhatikan peraturan itu dalam alam semula jadi dikenali sebagai naturalis dan sebagainya mewakili lapan kecerdasan tersebut.

Guru juga perlu mempunyai idea yang banyak untuk mengajar kanak-kanak tersebut kerana mereka mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza-beza. Guru perlu kreatif dalam menghasilkan rancangan pengajaran kepada setiap kanak-kanak.



APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN


Terdapat lima model yang telah dicadangkan oleh Pusat Perkembangan kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengaplikasikan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Guru boleh memilih mana-mana model yang telah dicadangkan mengikut kesesuaian pelajar ataupun mengikut kecerdasan pelajar tersebut. Lima model tersebut ialah model sisipan, model jaringan, model jalinan, model perkongsian, dan model kesepaduan.

0 comments:

Post a Comment