Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, March 23, 2013

Teori Perkembangan "Erik Erikson"

Erik Erikson (1902-1994) telah menganalisis perkembangan sosial kanak-kanak dalam jangka masa kehidupan mereka. Beliau menjelaskan bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap tertentu. Erikson percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak.

Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erikson kerana ia mengabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial.

Prinsip-prinsip teori

1. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama. 
2. perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas.
3. perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu.
4. setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap yang berikutnya.
5. kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.

Peringkat-peringkat perkembangan emosi.


Tahap 1 - Kepercayaan Lawan ketidakpercayaan (0 -18 bln)

- Mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalaman
- Belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain
- Mempengaruhi sikapnya terhadap hidup dan interaksinya dengan orang lain
- Kepercayaan akan memudahkan individu menghadapi serta mengatasi masalah dalam hidup
- Bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak percaya. Perasaan percaya pada persekitaran dan orang lain akan wujud sekiranya bayi tersebut mendapat penjagaan yang baik dari penjaganya; terutama daripada ibu. Sebaliknya; jika bayi tersebut tidak mendapat penjagaan yang sempurna maka akan timbul perasaaan tidak percaya pada tahap ini. Cara penjagaan bayi akan mempengaruhi emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi tersebut.


Tahap 2 - Autonomi lawan malu/kekeliruan (18 bln – 3 thn )

• Konsep diri mula bertambah nyata
• Mula tahu apa yang dicakap dan dibuat merupakan tindakannya bukan orang lain
• Keinginan untuk bertindak bebas (autonomi) meningkat
• Lebih gemar membuat sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
• Mungkin berpendapat cekap dan berkebolehan
• Rasa diri kurang cekap – malu dan mula meragui kebolehan diri
• Tingkah laku yang sentiasa diterima dan dipuji – lebih yakin
• Sentiasa didenda/dimarah – malu dan ragu-ragu
• Cara terbaik, tingkah laku yang tidak diingini dikawal dan yang diingini dipuji – dapat mengenal jenis-jenis t/laku yang digalakkan dan yang hendak dielakkan
• Kecenderungan untuk berfungsi secara bebas hendaklah diterima atau didorong
• Pada tahap ini kanak-kanak sudah mula berkeinginan melakukan sesuatu perbuatan sendiri. Mereka mula berdikari dan tidak suka dibantu atau dikongkong orang dewasa. Situasi ini merupakan permulaan kepada pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut. Dorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina perkembangan dan menyelesaikan sesuatu tugasan.


Tahap 3 - Inisiatif lawan Bersalah (3-6 thn)

• Ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan mencabar – inisiatif
• Dapat belajar dan bergerak dengan cepat
• Lebih peka kepada perkara betul dan salah
• Berasa malu apabila diketawakan dan seterusnya membina sikap positif.
• Galakan akan menyedarkan kanak-kanak tentang potensi diri
• Sering dikawal dari mencuba – akan berasa kurang inisiatif
• Pada tahap ini kanak-kanak mula berinteraksi dengan persekitaran. Banyak inisiatif dilaksanakan bagi memenuhi naluri ingin tahu yang tinggi. Mereka akan cuba melakukan kerja-kerja yang dibuat oleh orang dewasa. Perkembangan ketika ini tidak boleh disalah asuh kerana akan menyebabkan kanak-kanak hilang inisiatif, suka menyendiri dan akan menimbulkan masalah apabila memasuki alam persekolahan.


Tahap 4. ketekunan lawan rasa rendah diri 6-12 tahun
Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap.


Tahap 5. identiti lawan kekeliruan identiti 12-18 tahun

Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan jantina, politik dan agama, jika tidak perasaan rendah diri akan timbul.


Tahap 6. kerapatan lawan pengasingan 18-35 tahun
Dewasa akan membina hubungan rapat atau sebaliknya merasa terasing jika tidak mahir membina hubungan.


Tahap 7. generativiti lawan pemusatan kendiri (stagnasi) 35-60 tahun

Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi akan datang atau sebaliknya hanya memusatkan kepada perkembangan /aktiviti diri.

Tahap 8. kesepaduan lawan putus asa 60 tahun – akhir hayat
Kemuncak perkembangan di mana perasaan diterima dengan perasaan kepuasan atau merasa tidak diterima dan putus asa dengan kehidupannya.

TEORI PERKEMBANGAN SIGMUND FREUD



Sigmund Freud dilahirkan pada tahun 1856 di Chechoslovakia. Beliau seorang doktor perubatan tetapi minat beliau mendalam dalam bidang psikologi dan psikiatri. Menurut Freud personality manusia terdiri daripada tiga bahagian; id, ego dan superego.

Id ialah personaliti tidak sedar yang menekankan kepuasaan serta-merta tapi inginkan keseronokan ketahap maksima. Id tempat menyimpan segala keinginan manusia dan ia didorong oleh tenaga labido ( seks ) yang mengandungi desakan asas.

Ego ialah bahagian personaliti yang logis serta teratur. Ego mengawal Id supaya Id tidak mengawal norma-norma hidup.

Superego ialah bahagian personaliti yang bermoral. Superego berkembang secara beransur-ansur sejak kanak-kanak ketika berinteraksi dengan ibubapa atau gurunya.

Superego akan menghantar maklumat kepada Ego dan Ego kepada Id.

Mengikut Freud, setiap kanak-kanak berkembang melalui lima peringkat;


Peringkat Oral ( lahir- 18 bulan )

Kanak-kanak perlukan kasih sayang dan kepuasan dari ibubapa daripada aktiviti menghisap ( sebelum 18 bulan ) dan menggigit ( selepas 18 bulan ).


Peringkat anal atau dubur ( 2- 4 tahun )

Kanak-kanak telah bersedia dan mengawal fungsi biologi seperti membuang air. Kepuasan bukan lagi melalui aktiviti mulut tetapi melalui pembuang najis. Kanak-kanak akan memberi perhatian lebih terhadap kawalan buang air kecil dan besar supaya diterima dan dikasih oleh ibubapa.


Peringkat falik atau kubul ( 4- 6 tahun )

Pada peringkat ini kanak-kanak selalu memegang organ kejantinaan untuk mendapatkan kepuasaan. Kanak-kanak telah mula mempunyai perasaan terhadap ibubapa sendiri . Kanak-kanak lelaki terhadap ibu sendiri dan mudah berlaku konflik Oedipus sementara kanak-kanak perempuan berlaku konflik Elektra. Oleh itu ibubapa mesti memain peranan penting dalam mengawal dan memenuhi perasaan supaya konflik tidak berlaku.
Peringkat pendaman ( 6- 12 tahun )Pada peringkat ini kasih sayang dan keberahian telah bertukar kepada rakan sebaya. Kanak-kanak yang berjaya mengatasi dan mengawal perasaan ini boleh menjadi orang yang baik.
Peringkat kejantinaan ( 12 tahun ke atas ). Peringkat ini dikatakan awal remaja, mereka mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Menurut Freud, tenaga seks ( labido ) akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu di luar keluarga mereka.

Teori Perkembangan Robert Havighurst

Robert Havighurst merupakan seorang ahli psikologi Amerika yang terkenal dengan teori perkembangan sosio budaya dan antropologi. Beliau berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Ini bermakna perkembangan personalitinya juga turut dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma serta budaya masyarakat dan persekitarannya menurut beliau lagi faktor biologi, sosial dan psikologi juga mempengaruhi perkembangan seseorang individu.

Selain itu, Robert Havighurst juga memperkenalkan konsep tugas-tugas perkembangan. Tugas-tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir pada satu-satu masa yang lahir dalam hidup individu tersebut. Kejayaan dalam mencapai tugas ini akan memberikan kegembiraan kepada individu tersebut manakala kegagalan akan membawa kesedihan dan kesusahan dalam melaksanakan tugas-tugas yang selanjutnya. Beliau telah membahagikan tugas perkembangan kepada tiga peringkat iaitu :

- Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun)
- Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun )
- Peringkat Awal Remaja dan Remaja ( 12-18 tahun )


PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN 

i) Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun)

Kebanyakkan kanak-kanak mula berjalan di antara umur 9-15 bulan. Pada peringkat ini, semua urat dan otot di kaki dan badan mula berkembang ke tahap yang mampu mencapai tugas perkembangan ini. Kanak-kanak akan mula berlari dan melompat selepas pandai berjalan.

Sistem penghadaman kanak-kanak beransur-ansur bersedia menghadam dan menyerap pelbagai jenis makanan. Seterusnya organ-organ menguyahnya akan berkembang sehingga dapat mengunyah makanan pejal apabila umurnya mencapai 2 tahun.

Kanak-kanak mula menyebut dan berkomunikasi dengan menggunakan bunyi untuk bercakap. Pertuturan menjadi cara mereka meluahkan perasaan mereka sama ada suka atau tidak terhadap sesuatu.

Latihan membuang air kecil dan besar pada masa dan tempat yang sesuai adalah latihan yang pertama yang diterima oleh kanak-kanak. Kesan latihan ini mungkin berterusan dan mungkin mempengaruhi waktu kanak-kanak tersebut pada kemudian hari.

Kanak-kanak juga sedar sejak awal lagi tentang perbezaan jantina manusia. Sejak awal lagi kanak-kanak diajar bertingkah laku sebagai seorang lelaki dan perempuan serta menjaga pergaulan mereka. Kemudian ia juga mengetahui perbezaan struktur tubuh lelaki dan perempuan.

Selain itu pada peringkat ini kanak-kanak juga telah bersedia untuk belajar dengan memberi fokus kepada tanda-tanda yang mewakili huruf dan perkataan. Kesediaan membaca juga dapat diasuh melalui pengalaman langsung kanak-kanak.

Ketika kanak-kanak berumur 6 tahun, Kanak-kanak belajar juga sudah pandai untuk bertolak ansur dan bertimbang rasa. Mereka juga sedia mendengar pandangan orang lain dan boleh membezakan betul dan salah.


ii) Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun )

Pada peringkat ini kanak-kanak dapat menguasai beberapa kemahiran fizikal dalam permainan. Hal ini kerana pertumbuhan tulang dan otot kanak-kanak mula berkembang. Dalam hal ini pengaruh rakan sebaya memainkan yang amat penting terhadap kanak-kanak. Jadi kana-kanak haruslah diasuh dengan didikan sempurna untuk membina sikap diri yang baik.

Kanak-kanak mula belajar bertolak-ansur dengan rakan sebaya dalam kehidupan sosial mereka. Pertumbuhan ini juga akan menyebabkan kanak-kanak berasa jauh dari keluarga dan akan pergi kepada rakan sebaya. Kanak-kanak juga harus belajar peranan jantina mereka. Dalam hal ini mereka dibantu oleh pengaruh ibu bapa, adik beradik serta saudara mara . di sekolah pula guru berperanan memberikan contoh yang terbaik kepada murid-murid.

Pada peringkat ini juga kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran-kemahiran asas iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira (3M). Kanak-kanak juga mula berkawan dengan orang lain dan mampu memahami konsep hidup serta moral. Selain itu, mereka mula memahami dan belajar membentuk sikap yang mengakui hak, keupayaan dan kelemahan pada setiap individu.


iii) Peringkat Awal Remaja dan Remaja ( 12-18 tahun )

Pada peringkat ini, golongan remaja akan mengalami perubahan dari segi bentuk badan dan suara. Kanak-kanak perempuan akan berkelakuan sebagai orang perempuan dan lelaki akan berkelakuan orang lelaki. Mereka harus memahami bagaimana untuk bergaul dan bersosial bersama kawan-kawan yang berlainan jantina. Remaja juga belajar membentuk emosi daripada ibu bapa iaitu belajar untuk menghormati orang yang lebih tua dari mereka. Selain itu, remaja harus bersedia memilih satu pekerjaan yang sesuai untuk masa depannya. Remaja juga sedang mempelajari peranan dan tanggungjawab yang sewajarnya dalam kehidupan mereka pada dewasa kelak. 



Teori Perkembangan Arnold Gesell.

Menurut Arnold Gesell, perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan. Arnold Gesell menyatakan bahawa perkembangan individu mengikut jadual waktu yang tetap, urutan dan pola tertentu. Kadar perkembangan berbeza bagi setiap individu. Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut.
Gesell telah membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada lima peringkat;


Peringkat Pertama (0- 1 tahun )
Umur 1 bulan: tangisan berlainan untuk menyatakan kehendak yang berbeza seperti tangisan lapar berlainan dengan tangisan menarik perhatian.

Umur 4 bulan : mata boleh bergerak mengikut gerakan objek.

Umur 6 bulan : dapat menggenggam objek.

Umur 7 bulan : boleh duduk dan merangkak.

Umur 12 bulan : boleh berdiri dan memegang objek tinggi.



Peringkat Kedua ( 1- 2 tahun )

Boleh bertatih, berjalan, berlari, bercakap dan sudah mula tahu makna “ jangan”



Peringkat Ketiga ( 2- 3 tahun )


Boleh makan bersendirian dan mula bercakap dengan menggunakan ayat mudah.



Peringkat Keempat ( 3-4 tahun )
Dapat naik basikal beroda tiga dan menerima arahan mudah.



Peringkat Kelima ( 5 tahun )

Telah mula mengemukakan soalan dan bersedia masuk prasekolah.

Monday, March 18, 2013

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET



Menurut Jean Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan.• Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.



Piaget mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu.
i)Kematangan biologi. Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka/genetik.
ii)Interaksi individu dengan persekitaran. Individu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati.
iii)Pengalaman sosial. Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran : ibu bapa, adik beradik, rakan, guru dan sebagainya.
iv)Keseimbangan. Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami.


PROSES MENCAPAI KESEIMBANGAN.


KONSEP ASAS

-SKEMA
-ADAPTASI
-KESEIMBANGAN
-ASIMILASI
-AKOMODASI



menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka. Individu sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi, menyelesaikan sesuatu kekusutan.Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman-pengalaman tersebut dalam minda dan membentuk 1 sistem yang dipanggil SKEMA.

SKEMA


skema merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu.
Contoh:
- sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.
-Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan
.-Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu.

-Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya.


Proses penyusunan dan pembentukan skema dipanggil ORGANISASI dan bermula sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan. Pembentukan skema dimulakan dengan yang mudah kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks.
 Contoh :
 1. Bayi membentuk skema untuk mencapai sesuatu objek,
 2. Kanak-kanak membina skema-skema untuk mengkategori sesuatu benda/skema untuk mengenal huruf.
 3. Anda membentuk skema untuk memandu/memasak• Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan dengan situasi yang baru. Contoh : 
1. Kanak-kanak yang telah mengenal huruf berdepan dengan situasi baru untuk menyusun huruf-huruf tersebut membentuk perkataan.

 2. Anda yang mempunyai skema untuk memasak nasi putih akan membantu sekiranya diminta memasak nasi tomato.



ADAPTASI
Adaptasi adalah proses perubahan/pertukaran skema lama kepada skema baru dimana melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu ASIMILASI dan AKOMODASI.




ASIMILASI 


Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada.Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.

Contoh: seorang kanak-kanak yang b
aru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak- kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".Contoh: kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.



AKOMODASI

Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.


Menurut Jean Piaget, proses mengorganisasi,mengasimilasi dan mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan dimana individu akan terus menguji minda mereka untuk mencari keseimbangan.






PERMATA NEGARA


FALSAFAH KURIKULUM

Asuhan dan didikan awal kanak-kanak bertujuan mengembangkan potensi setiap anak permata negara secara holistik bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini memerlukan kerjasama yang padu antara pendidik, ibu bapa dan komuniti.

Program ini memfokuskan kepada kanak-kanak yang mempunyai beberapa kriteria iaitu penglibatan ibu bapa dan komuniti. Penglibatan mereka adalah penting dalam pembelajaran anak-anak dan mempunyai matlamat secara keseluruhannya untuk meningkatkan kesediaan kanak-kanak memasuki alam pra dan sekolah rendah dengan persediaan pelbagai dari aspek perkembangan. selain itu fokus program ini juga adalah untuk merangsang perkembangan holistik dan intervensi awal kanak-kanak dari lahir hingga ke usia pra sekolah.

i. Berumur satu hingga empat tahun 
ii. Menetap di pinggir atau luar bandar 
iii. Keluarga berpendapatan rendah 
iv. Berbilang kaum dan agama 

OBJEKTIF 

Melahirkan kanak-kanak yang holistik dan seimbang ; mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia , berintelektual tinggi , mahir berkomunikasi , dalam kedua-dua bahasa, (Bahasa Malaysia dan Inggeris), bijak bergaul , sihat jasmani dan suci rohani .


VISI

Memastikan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan yang telah digubal dan diluluskan dilaksanakan secara berkesan.

Penyataan Dasar
Penyataan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan adalah seperti berikut:


Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.”

MISI

Bahagian PERMATA komited bagi memastikan objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan dilaksanakan yang merangkumi perkara-perkara berikut:

-menyediakan asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum berlandaskan acuan tersendiri dengan mengambil kira nilai-nilai tempatan dan amalan bijak antarabangsa 

-menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat asuhan dan didikan awal yang berkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang sesuai mengikut kumpulan umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan 

-membangunkan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak secara menyeluruh meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan kesihatan 

-mewujudkan kemudahan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran termasuk peralatan pembelajaran yang berkualiti bagi membolehkan pencapaian hasil pembelajaran yang positif 

-Melaksana pembinaan dan menyelia Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) di seluruh negara. 














Monday, March 11, 2013

Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) dari 2013-2025.



Sebelas Anjakan 

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa:
Kementerian akan melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada tahun 2017. Kementerian akan menimbang pindaan kepada peraturan sedia ada untuk memberikan kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal. Selain itu Kementerian akan mengkaji kemungkinan melaksanakan laluan pembelajaran pintas selain pendidikan arus perdana, termasuklah membenarkan murid berpencapaian tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahun berbanding lima tahun sekarang dan menamatkan sekolah rendah dalam masa lima tahun, berbanding enam tahun. Peperiksaan UPSR pada 2016 akan mengandungi 80% soalan berbentuk pemikiran aras tinggi.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris:
Kementerian akan meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dengan memastikan semua 70,000 guru Bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun. Guru yang tidak mencapai standard ditetapkan akan mengikuti latihan intensif. Modul Sastera Inggeris akan diwajibkan kepada murid sekolah menengah. Bagi memantapkan penguasaan Bahasa Malaysia pula, Kementerian akan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard pada peringkat rendah, merangkumi semua sekolah jenis kebangsaan. Dengan perlaksanaan kurikulum ini, Kelas Peralihan di sekolah menengah kebangsaan akan dimansuhkan mulai 2017. Kerajaan juga akan menggalakkan murid mempelajari bahasa tambahan seperti bahasa Cina, India, Tamil, Arab serta bahasa ibunda atau bahasa antarabangsa yang lain.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai:
Bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan murid dalam usaha membina satu identiti nasional yang kukuh dan jitu, Kementerian akan memperkukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang 2017. Pedagogi untuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga disemak semula untuk melibatkan lebih banyak aktiviti main peranan (role-play), simulasi, perbincangan dan tugasan dalam kumpulan kecil. Bagi murid bukan Islam, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai teras semua agama utama di Malaysia. Kementerian juga akan mengkaji membolehkan murid bukan Islam berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat diajar.

4. Meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan:
Kementerian akan mengetatkan syarat kemasukan ke latihan perguruan dengan mensasarkan hanya 30 peratus teratas dari kelompok pelajar cemerlang menyertai profesion perguruan. Bagi guru-guru yang sudah ada dalam sistem, Kementerian akan mengukuhkan pembangunan kerjaya mereka. Guru berprestasi tinggi berpeluang menikmati kenaikan pangkat bermula daripada Gred DG14 sehingga DG54 dalam tempoh yang lebih singkat, iaitu kurang daripada 25 tahun.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah:
Kementerian akan memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan kompetensi serta memperkukuhkan proses perancangan penggantian pengetua dan guru besar mulai 2013. Kementerian juga akan menempatkan pengetua atau guru besar cemerlang di sekolah-sekolah luar bandar dan di kawasan-kawasan miskin bandar.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan:
Kementerian akan menempatkan Jurulatih Mata Pelajaran Khusus Program Penambahbaikan Sekolah (SISC+) dan Jurulatih Pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah (Si-Partners) secara sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah. Jurulatih-jurulatih berkenaan akan memberikan bimbingan secara terus kepada sekolah berprestasi rendah. Satu projek perintis akan dilaksanakan di Sabah dan Kedah mulai Januari 2013 sementara perlaksanaan di seluruh negara bermula Januari 2014.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran:
Kementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui perlaksanaan 1BestariNet bagi semua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung 2013. Dalam masa terdekat, semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang akan menyediakan landasan untuk perlaksanaan pembelajaran secara interaktif.

8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian Pelajaran:
Struktur organisasi Kementerian akan disusun semula agar fungsi bahagian tidak bertindih dan lebih ramai tenaga kerja akan ditempatkan di PPD yang akan terlibat secara langsung dalam memantau dan mengurus prestasi sekolah.

9. Memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta
Kementerian akan memperluaskan capaian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)untuk membolehkan ibubapa memantau kemajuan anak mereka di sekolah secara atas talian. Kementerian juga akan menambah bilangan Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dan turut melibatkan kumpulan alumni dan pertubuhan bukan kerajaan sebagai penganjur.
  
10. Memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan:
Kementerian akan mengaitkan setiap program yang dilaksanakan dengan keberhasilan murid yang hendak dicapai dan merasionalisasi program berimpak rendah setiap tahun, Kementerian akan meningkatkan kecekapan dalam mengurus perbelanjaan dengan memberi keutamaan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru.
  
11. Meningkatkan Ketelusan akauntabiliti awam:
Semua pihak berkepentingan akan mempunyai akses yang tetap dan telus berkenaan tahap kemajuan setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian.  Laporan Tahunan mengenai kemajuan sasaran dan inisiatif pelan ini akan ditertbitkan utntuk tatapan umum mulai 2013.
  

Wednesday, March 6, 2013

Mengapa Pendidikan Awal Kanak-Kanak Penting

Tokoh terkemuka dalam pendidikan awal kanak-kanak Glen Doman, Memanggil usia kanak-kanak yang berusia 6 tahun kebawah sebagai tahun emas. Mengapa ???


  “Every child born has, at the instant of birth, a higher potential intelligence than Leonardo Da Vinci ever used and It is easier to give a one-year-old encyclopedic knowledge than it is to give it to a six-year-old.”

Ini adalah kerana ransangan minda kanak-kanak dibawah usia 6 tahun adalah sangat aktif pada usia ni dan seterusnya membawa kepada peningkatan IQ dan EQ . Perkembangan pesat otak seorang manusia berlaku pada 6 tahun pertama kehidupannya. Tetapi, selepas anak-anak berusia 6 tahun, 90% dari perkembangan otaknya telah pun sempurna. 

Selain itu pendidikan awal kanak-kanak dapat membantu pembangunan modal insan yang sistematik dan seterusnya menjadi penjana dan pemangkin kepada kemajuan dan keupayaan generasi baru demi menghadapi cabaran kehidupan pada masa hadapan.

Disamping itu, pendidikan awal kanak-kanak sangat penting dalam membentuk corak pembelajaran masa hadapan yang lebih baik dan seimbang serta memberi persediaan untuk kanak-kanak sebelum memasuki alam persekolahan sebenar.

Pendidikan awal kanak-kanak juga merupakan pembelajaran formal di sekolah yang mempunyai teknik pembelajaran yang berkesan dan mendapat bimbingan guru-guru berpengetahuan dalam bidang pendidikan kanak-kanak. Selain itu kanak-kanak juga dapat mempelajari kemahiran sosial terutamanya bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai adik beradik. di sinila mereka mula untuk berkongsi dan membuat kerja bersama-sama iaitu semasa belajar, makan dan bermain.




Program Head Start

Program Head Start adalah program Jabatan kesihatan dan perkhidmatan manusia Amerika syarikat yang menyediakan pendidikan menyeluruh iaitu dari aspek kesihatan, pemakanan, perkhidmatan penglibatan ibu bapa untuk keluarga dan pelajar yang berpendapatan rendah atau dibawah paras kemiskinan. Program ini menumpukan pelajar dari lahir hingga lima tahun

program ini dilancarkan pada tahun 1965 oleh Jule Sugarman dan merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat miskin dibandar dan dipinggir bandar. pada asalnya program ini ialah program musim panas selama beberapa minggu untuk memberi pengetahuan sebelum pelajar memasuki alam persekolahan. Sejak tahun 1965 sehingga tahun 1977 sejumlah 17 juta kanak-kanak telah mengikuti program ini.


Jule Sugarman(pengasas program head start dan mengendali program tersebut selama lima tahun diawal penubuhannya)

Matlamat

1)Menyediakan keperluan kesihatan dan bantuan makanan
2)Menanam ciri dan nilai kejayaan yang boleh mempertingkatkan daya usaha dan pembelajaran dan perkembangan menyeluruh
3)Memperbaiki kebolehan kanak-kanak dan keluarga mereka dalam aspek perhubungan berasaskan perhubungan kesihatan.
4)Mempertingkatkan kemahiran dan proses mental, kemahiran konsep dan kemahiran bahasa kanak-kanak.

Kurikulum
 Program ini menekankan kepada:-      1) pemeliharan kesihatan diri
                                                              2) kecergasan fizikal
                                                              3) kemahiran hidup
                                                              4) perkembangan bahasa
                                                              5) aktiviti sains
                                                              6) kemahiran nombor
                                                              7) kemahiran bersosial

Ciri-ciri Kurikulum

Kurikulum Head Start terdiri daripada penilaian berterusan, pengajaran responsif, program kakitangan kanak- kanak dan keluarga, pengkhususan matlamat pembelajaran dan menekankan penglibatan keluarga pelajar

Tujuan Utama

Tujuan Head Start ialah membantu kanak-kanak yang kurang berkemampuan, mendedahkan kanak-kanak kepada 3m supaya  dapat mempelajarinya dia awal usia pertumbuhannya dan mengalakkan kemajuan mereka kearah pendidikan awal.

Objektif Program 

Program ini dapat mengukuhkan pertumbuhan kesihatan kanak-kanak, memperkuatkan keluarga sebagai pengasuh utama kanak-kanak, memberi perkhidmatan pendidikan,kesihatan dan nutrisi kanak-kanak, menjadi penghubung kanak-kanak dan keluarga kepada perkhidmatan masyarakat serta  memastikan pengurusan program sempurna dengan melibatkan ibu-bapa dalam membuat keputusan.






Sunday, March 3, 2013

MINGGU PERTAMA

semester bermula, kelas pertama ....ramai tak datang...DR menegaskan supaya tidak lewat ke kelas.kelas yang bermula pukul 9 dianjak kepada pukul 10..kelas terpaksa dihentikan kerana ada program kat audi..so, jumpe minggu depan.

MINGGU KEDUA

semangat datang awal harini..pembelajaran harini menyeronokan. DR tanya siapa dah kahwin?so terpaksa la angkat tangan(malu). DR suka menerangkan teori glenn doman . Jujurnya sebelum ni tak pernah dengar pun nama ni. tapi best sebab dapat informasi macam-macam...contohnya nak bayi rapat dengan kita, kita bawak bayi tu berlari anak. dan lagi satu yang menarik flash card untuk bayi mesti huruf warna merah sebab bayi boleh lihat warna merah je waktu awal dan akan bertukar ke warna hitam, dari kecil kita tunjukkan flash card dengan pantas. nanti lama-lama bayi akan pandai cari flashcard yang kita sebut. ada juga senaman untuk bayi dalam buku yang ditunjukkan di dalam kelas..terus terang, kelas ni berbeza dan seronok untuk belajar.selalunya kelas selama 3tahun ni ajar teori yang sama..tapi kelas ini lain..ilmu pun makin bertambah...tak sabar nak mengikuti kelas minggu depan,jumpa lagi.
ni la glenn doman.hensem tak?