Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Wednesday, April 10, 2013

KEPENTINGAN MAIN UNTUK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK




            Dalam pendidikan awal kanak-kanak, guru tidak harus memikirkan pencapaian akademik sahaja tanpa memikirkan aspek perkembangan yang lain. Kanak-kanak tidak harus dibebankan dengan aktiviti-aktiviti kelas yang terlalu berat kerana ia boleh menghilangkan minat mereka untuk belajar. Antara kaedah dan strategi pengajaran yang difikirkan sesuai bagi peringkat kanak-kanak ialah belajar melalui bermain. Dengan adanya aktivtiti bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan pertuturan tatabahasa.

            Menurut Caplan 1973, aktiviti main adalah sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi,perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan fizikal,koordinasi dan ketangkasan murid. Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, aktiviti fizikal yang dilakukan di dalam kelas contohnya bermain “ayam dan musang”.
            Selain itu, bermain adalah satu bentuk kesenian kepada kanak-kanak.  Melalui aktiviti bermain, ia dapat menjadi medium untuk melahirkan perasaan gembira dan keseronokan. Almy (1984) menyatakan bahawa kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa melakukan aktiviti main, mereka bebas daripada segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru misalnya selepas berinteraksi dengan rakan-rakan. Mengikut Vvgotsky (1967), beliau menyatakan main dapat membantu bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat. Main juga dapat memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia realiti.

          Di samping itu, melalui aktiviti bermain juga, dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak. Aktiviti main dapat dilakukan di dalam dan luar bilik darjah dengan menggunakan pelbagai alat permainan yang disediakan.  Dengan bermain, kanak-kanak dapat menguasai kemahiran motor halus untuk membantu aktivit dalam pembelajaan. Ia juga dapat membina kemahiran pergerakan asa dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Bermain juga dapat mengajar kanak-kanak mengamalkan cara hidup yang sihat. Tambahan pula, main juga dapat mebina minda yang sihat dan cerdas.

            Seawal usia dua tahun,kanak-kanak sudah mula melahirkan rasa ingin tahu dan tempoh itu adalah  saat terbaik untuk memberi galakan kepada perkembangan kanak-kanak. Ketika bermain, perkembangan motor kasar sudah bermula begitu juga perkembangan deria rasa mereka. Melalui bermaian, kanak-kanak terdedah dengan bahan dan peralatan yang berbeza bentuk permukaannya, begitu juga dengan rasa dan bau yang dihasilkan bahan itu. Secara tidak langsung, ia meransang penggunaan deria mereka sekali gus membolehkan mereka menemui perkara baru sepanjang bermain.

Selain itu,kanak-kanak juga  didedahkan dengan satu pembelajaran dan penemuan baru ketika bermain. Kanak-kanak belajar mengenai warna dan bentuk berbeza. Ini dapat menggalakkan mereka menggunakan psikomotor sekali gus memperkembangkan kemahiran motor kasar dan motor  halus kanak-kanak.


           
Seterusnya melalui aktiviti bermain,ia  turut memberikan peluang untuk kanak-kanak meluahkan perasaan selain mencerminkan sikap dan menggambarkan perkembangan sosio serta emosi mereka. Kanak-kanak berkecenderungan untuk bersikap ego dan tidak ingin berkongsi di awal usia mereka. Apa yang dimiliki mereka menjadi hak mutlak. Namun, apabila usia semakin meningkat, sikap ingin berkongsi mula ditunjukkan. Perasaan  egosentrik kanak-kanak  sangat tinggi pada awal usia mereka. Namun, lama kelamaan sikap itu semakin pudar. Perubahan boleh dilihat dari sikap mereka yang bermain permainan masing-masing namun secara berdekatan, kemudian berubah kepada perkongsian.


1 comments: