Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, March 18, 2013

PERMATA NEGARA


FALSAFAH KURIKULUM

Asuhan dan didikan awal kanak-kanak bertujuan mengembangkan potensi setiap anak permata negara secara holistik bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini memerlukan kerjasama yang padu antara pendidik, ibu bapa dan komuniti.

Program ini memfokuskan kepada kanak-kanak yang mempunyai beberapa kriteria iaitu penglibatan ibu bapa dan komuniti. Penglibatan mereka adalah penting dalam pembelajaran anak-anak dan mempunyai matlamat secara keseluruhannya untuk meningkatkan kesediaan kanak-kanak memasuki alam pra dan sekolah rendah dengan persediaan pelbagai dari aspek perkembangan. selain itu fokus program ini juga adalah untuk merangsang perkembangan holistik dan intervensi awal kanak-kanak dari lahir hingga ke usia pra sekolah.

i. Berumur satu hingga empat tahun 
ii. Menetap di pinggir atau luar bandar 
iii. Keluarga berpendapatan rendah 
iv. Berbilang kaum dan agama 

OBJEKTIF 

Melahirkan kanak-kanak yang holistik dan seimbang ; mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia , berintelektual tinggi , mahir berkomunikasi , dalam kedua-dua bahasa, (Bahasa Malaysia dan Inggeris), bijak bergaul , sihat jasmani dan suci rohani .


VISI

Memastikan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan yang telah digubal dan diluluskan dilaksanakan secara berkesan.

Penyataan Dasar
Penyataan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan adalah seperti berikut:


Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.”

MISI

Bahagian PERMATA komited bagi memastikan objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan dilaksanakan yang merangkumi perkara-perkara berikut:

-menyediakan asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum berlandaskan acuan tersendiri dengan mengambil kira nilai-nilai tempatan dan amalan bijak antarabangsa 

-menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat asuhan dan didikan awal yang berkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang sesuai mengikut kumpulan umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan 

-membangunkan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak secara menyeluruh meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan kesihatan 

-mewujudkan kemudahan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran termasuk peralatan pembelajaran yang berkualiti bagi membolehkan pencapaian hasil pembelajaran yang positif 

-Melaksana pembinaan dan menyelia Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) di seluruh negara. 














0 comments:

Post a Comment