Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, March 18, 2013

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET



Menurut Jean Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan.• Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.



Piaget mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu.
i)Kematangan biologi. Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka/genetik.
ii)Interaksi individu dengan persekitaran. Individu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati.
iii)Pengalaman sosial. Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran : ibu bapa, adik beradik, rakan, guru dan sebagainya.
iv)Keseimbangan. Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami.


PROSES MENCAPAI KESEIMBANGAN.


KONSEP ASAS

-SKEMA
-ADAPTASI
-KESEIMBANGAN
-ASIMILASI
-AKOMODASI



menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka. Individu sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi, menyelesaikan sesuatu kekusutan.Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman-pengalaman tersebut dalam minda dan membentuk 1 sistem yang dipanggil SKEMA.

SKEMA


skema merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu.
Contoh:
- sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.
-Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan
.-Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu.

-Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya.


Proses penyusunan dan pembentukan skema dipanggil ORGANISASI dan bermula sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan. Pembentukan skema dimulakan dengan yang mudah kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks.
 Contoh :
 1. Bayi membentuk skema untuk mencapai sesuatu objek,
 2. Kanak-kanak membina skema-skema untuk mengkategori sesuatu benda/skema untuk mengenal huruf.
 3. Anda membentuk skema untuk memandu/memasak• Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan dengan situasi yang baru. Contoh : 
1. Kanak-kanak yang telah mengenal huruf berdepan dengan situasi baru untuk menyusun huruf-huruf tersebut membentuk perkataan.

 2. Anda yang mempunyai skema untuk memasak nasi putih akan membantu sekiranya diminta memasak nasi tomato.



ADAPTASI
Adaptasi adalah proses perubahan/pertukaran skema lama kepada skema baru dimana melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu ASIMILASI dan AKOMODASI.




ASIMILASI 


Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada.Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.

Contoh: seorang kanak-kanak yang b
aru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak- kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".Contoh: kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.



AKOMODASI

Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.


Menurut Jean Piaget, proses mengorganisasi,mengasimilasi dan mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan dimana individu akan terus menguji minda mereka untuk mencari keseimbangan.






0 comments:

Post a Comment